Teknik Belajar 5R-STUV :
- [salin semula]
- [buat semula contoh/cepat/5x]
- [lafaz kuat berulang kali]
- [semak semula]
- [jawapan berpatutan/sebaliknya]
- [ringkaskan nota penting]
- [uji diri anda]
- [gunakan]
- [bayangkan selalu]
Teknik Belajar Secara Pembayangan :
Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.
Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.
Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.
Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.
Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap :- Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda.
Amalkan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6.
Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.
Amalan Peningkatan Daya Ingatan :
- Faham.
- Jarakkan/pecahkan masa belajar.
- Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
- Percaya pada diri sendiri.
- Ulang berkali-kali.
- Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
- Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
- Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).
Semoga anda dapat belajar dengan Berkesan menggunai cara ini...
Salam.. :D